Restoran Mamak dan rakyat malaysia memang tak dapat di pisahkan. Rata-rata ramai yang suka lepak dekat mamak. Kalau nak jumpa member pun cari port kat mamak jugak.
Banyak sebab yang menarik mereka ke mamak sebenarnya. Selain makanan di restoran mamak yang jauh lebih murah dari restoran makanan yang lain, layanan juga first class tau! kalau kat JB ni kalau kita sampai di restoran mamak , masa tu hujan , dia siap jemput kita dengan payung.. wah... best kan... ala-ala.. princess gitu... tu yang ramai suka ke mamak tu...
Selain itu juga, makanan yang di sediakan juga cepat dan ringkas, bersama lain-lain kemudahan seperti peti TV yang besar bersama internet percuma.. siapa yang nak tolak kan... tu yang kalau dah lepak mamak dengan member tak ingat nak balik.. sambil layan roti kosong dan teh tarik , boleh dapat tonton bola percuma.
Mamak ni kalau ita lah suka rasa karinya, tapi ita lebih suka kari ikan berbanding kari yang lain.. Rasa kari mamak agak berlainan dengan kari yang kita sediakan sendiri di rumah. Ramuan atau bahan yang di gunakan mungkin dengan rempah ratus yang tersendiri yang membuatkan kari mamak cukup istimewa.
Hari ini ita kongsikan resepi kari udang mamak style yang mudah dan ringkas. Resepi ni di kongsikan oleh FHA, Alhamdulillah sedap kari ni.. Cuma ita ubah suai sikit bahan selari dengan bahan yang ada di dapur ita dan bersesuaian dengan selera keluarga.
KARI UDANG MAMAK STYLE
Resepi Oleh : FHA
Bahan A
3 ulas bawang merah ~ dimayang nipis
3 ulas bawang putih ~ dimayang nipis
1/2 sudu besar halba campur
1 inci halia ~ dimayang nipis
3 tangkai daun kari
Bahan B ~ Disatukan dan dijadikan pes
3 sudu besar penuh 'Rempah Kari Udang ~ Boleh digantikan dengan Rempah Kari Ikan
2 keping asam gelugor
2 ulas bawang merah ~ dimayang nipis
3 ulas bawang putih ~ dimayang nipis
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
1/2 sudu teh jintan manis serbuk
1/2 sudu teh jintan putih serbuk
Sedikit air
Bahan C
1 mangkuk air biasa ~ menggantikan santan
2 biji ubi kentang ~ dibelah 2 atau 4 mengikut saiz ubi
6 biji cili kering
Bahan D
1 kilo Udang besar ~ dikeluarkan tahi/pasir yang terletak dibahagian kepala udang
2 biji bawang besar ~ dibelah 4
Cara-Cara Menyediakan nya
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A kecuali daun kari sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
Masukkan daun kari dan kacau seketika sehingga daun sedikit layu dan terbit aroma daun kari.
Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan bahan C dan masak sehingga ubi 3/4 empok.
Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar (bahan D).
Perlahankan api dan masak sehingga kuah hampir mendidih terus diangkat untuk mengelakkan udang terlebih masak.
EmoticonEmoticon