Tampilkan postingan dengan label Cara Membuat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cara Membuat. Tampilkan semua postingan

Jumat, 17 Februari 2017

Kelas Untuk Bulan February


Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream
Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh : 25 hb Febuary 2017
Masa : 9 am hingga selesai deco ( 6. 30 pm )
Max : 8 orang
Yuran : RM 480 seorang
Apa yang di ajar :
~ Membuat beberapa jenis bunga daripada buttercream
~ Memilih padanan warna yang sesuai dan senada
~ Tone warna untuk berlainan bunga
~ Menyusun atur bunga di atas kek bersaiz 7"
~ Beberapa tips dan panduan mendeco kek buttercream
~ Tutorial membuat krim yang mudah di kendalikan
Kemudahan :
~ Ruang belajar yang selesa dan berhawa dingin
~ Ruang solat di sediakan
~ Minuman pagi, makan tengahari dan minum petang di sediakan bersama kudapan ringan
~ Belajar dengan kaedah personal coaching one by one
Cenderahati :
~ Sehelai apron Masam Manis
~ Buku sebagai panduan dan rujukkan
~ Nail Holder Masam Manis
~ Video cara membuat buttercream
*Kek bersaiz 7" yang telah di deco boleh di bawa pulang
* Anda tidak perlu membawa peralatan mendeco. Segala kelengkapan mendeco kek disediakan.
Berminat ? :D
Sila dapatkan tempat anda sekarang dengan wasap PA Masam Manis di talian : 018 7691544 


Korean Flower Cupcakes ~ ABC Buttercream ( buttercream lama )
Di Johor Bahru 26 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh : 26 hb Febuary 2017
Masa : 9 am hingga selesai deco ( 6. 30 pm )
Max : 8 orang
Yuran : RM 390 seorang
Apa yang di ajar :
~ Membuat beberapa jenis bunga daripada buttercream
~ Memilih padanan warna yang sesuai dan senada
~ Tone warna untuk berlainan bunga
~ Menyusun atur bunga di atas cupcake bersaiz besar ( L )
~ Beberapa tips dan panduan mendeco kek buttercream
~ Tutorial membuat krim yang mudah di kendalikan dan tidak mudah cair
Kemudahan :
~ Ruang belajar yang selesa dan berhawa dingin
~ Ruang solat di sediakan
~ Minuman pagi, makan tengahari dan minum petang di sediakan bersama kudapan ringan
~ Belajar dengan kaedah personal coaching one by one
Cenderahati :
~ Sehelai apron Masam Manis
~ Buku sebagai panduan dan rujukkan
~ Nail Holder Masam Manis
~ Video cara membuat buttercream 
~ Video tutorial membuat bunga
* Cup Cake yang telah di deco boleh di bawa pulang
* Anda tidak perlu membawa peralatan mendeco. Segala kelengkapan mendeco kek disediakan.
Berminat ? :D
Sila dapatkan tempat anda sekarang dengan wasap PA Masam Manis di talian : 018 7691544




Rabu, 25 Januari 2017

Kelas Figurine 8 Januari 2017


Assalamualaikum

Lama tak update cerita kelas ita kan. Ya Allah betapa sibuknya ita sejak kebelakangan ini, hingga kadang kala ita tak sempat nak masukkan gambar kelas. Ramai student yang dah menjerit-jerit " mana ni kak ita gambar kelas tak masuk lagi.." Kelas tahun lepas pun masih ada yang belum terupdate lagi..

Maaf lah sangat-sangat kerana kak ita tak sempat-sempat nak edit gambar. Taulah kan kalau nak masukkan gambar nak kena edit nak kena touchup sana sini. Maklumlah bila dah penat seharian mendeco.. muka berminyak-minyak... jadi kenalah touchup sikit bagi molek ya dak..

Ada gambar yang dah hilang pulak tu.. sedihnya.. tak tau nak jawab apa dengan student kak ita.. Sebenarnya komputer kak ita rosak, jadi bila hantar kedai dia setting balik .. habis gambar yang tak sempat di save dah hilang macam tu aje.. frust sangat.. sangat tapi nak buat macam mana kan...  sabar ajelah..



Ok lah kak ita nak cerita pasal kelas figurine kak ita pada 8 januari yang lalu. Private Group Figurine Class yang terdiri dari 5 orang student dari Singapura dan Johor Bahru. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri untuk sama-sama belajar membuat figurine.

Kelas berlansung dari pukul 9 pagi hingga pukul 8 malam. Wow! lama kelas ni.. tapi seronok walaupun ada yang tak berapa sihat. Ada yang nak pulang awal kerana bimbang tersangkut pada kesesakkan lalu lintas di seberang tambak.


Apa yang kak ita seronok, mereka semua dah bijak bermain dengan fondant. Figurine yang di hasilkan penuh dengan karektor tersendiri. Rata-rata sudah dapat membentuk identiti sendiri dalam menghasilkan watak figurine masing-masing.

Dalam kelas figurine ni, kak ita memberikan kebebasan 100% kepada pelajar dalam membentuk karektor masing-masing. Kak ita cuma guide mana yang perlu supaya pelajar dapat memahami apa yang cuba di sampaikan dan bila pulang nanti mereka dapat menghasilkan pelbagai figurine dengan sedikit ilmu asas yang kak ita sampaikan.

Biasanya setiap pelajar yang sudah masuk kelas kak ita, kak ita senantiasa monitor. Kak ita selalu intai hasil kerja mereka. Kadang kak ita rasa cukup terharu bila melihat mereka sudah mula dapat mengkreatifkan diri dalam menghasilkan produk masing-masing.

Jangan tak tau.. ada student kak ita yang dah mula menjual figurine mereka tau! kagum sangat kak ita.


Dalam kelas ini juga kak ita mengajar bagaimana nak buat gumpaste sendiri. Gumpaste kak ita adalah 50-50 gumpaste. Hasinya figurine yang di hasilkan lebih halus, lebih mudah di bentuk, lebih ringan yang membuatkan figurine dapat berdiri di atas kek dengan tidak risau ia akan melentok, lembik atau berubah bentuk asal.



Gumpaste kak ita juga tidak mudah cair walapun cuaca pada musim tengkujuh. Tidak melekit bila cuaca hujan dan sangat stabil. Jadi tak perlu risau. Kak ita akan ajar membuat figurine dalam kelas dengan sentuhan personal coaching one by one. Insyaallah bila melangkah aje keluar pasti dah dapat menghasilkan figurine dengan karektor anda sendiri.


Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga semuanya berjaya dengan kerjaya dan passion masing-masing. Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa , tergurau senda, kalau ada terkurang di pihak kak ita dan Team Masam Manis, kak ita dengan rasa rendah diri mohon ampun dah maaf. Semoga kita berjumpa lagi.


Anda berminat untuk mempelajari kaedah membuat figurine yang comel. Dengan memggunakan gumpaste yang ringan , mudah di bentuk, dapat menghasilkan figurine yang lebih halus dan licin dan yang paling utama figurine anda dapat berdiri di atas kek dengan mudah.

KELAS BASIC FIGURINE
TARIKH : 12 FEBUARI 2017
LOKASI : MASAM MANIS CAKE SALON JB
MASA : 9 PAGI HINGGA SELESAI DECO

Apa tunggu lagi..
Di Masam Manis kami akan mengajar anda dengan kaedah personal coaching one by one.
Berminat !!
Whatsapp 018 7691544 untuk dapatkan butiran lanjut dan info kelas terkini.




Selasa, 17 Januari 2017

Royal Cake WOW!


Hari ini ita singkap kembali tahun 2016 yang banyak kenangan masam manis yang sukar di lupakan.
Pelbagai kisah suka-duka sepanjang meredah tahun 2016. Alhamdulillah dalam kesesakkan dengan pelbagai dugaan.. persaingan... harga barang yang melambung... kos sara hidup yang semakin meningkat.. dapat juga kita redah arus ini hingga ke penghujungnya..

Alhamdulillah, tempahan kek tahun lalu juga sangat memberansangkan. Banyak sangat pengalaman baru.. dapat belajar ilmu baru dari setiap tempahan yang di pinta. Alhamdulillah.. tahun ni juga ita tak berhadapan dengan ragam customer. Semuanya sangat memahami.. sangat baik dan sangat pemurah. Ia membuatkan ita rasa cukup seronok dan sangat mencintai dunia yang ita pilih ini. Tahun ni juga.. ita banyak terima tempahan kek yang besar-besar. Berkilo-kilo beratnya hingga terpaksa tempah lapik yang lebih besar kerana saiz lapik kek yang di jual di kedai tidak sepadan. Ini cukup menerujakan, kerana ita dapat belajar sesuatu dari pengalam yang cukup berharga ini, selain ia memberikan satu semangat positif yang tak dapat di gambarkan betapa berharganya ia. Ita mengangap ianya adalah satu pencapaian yang mengukur di mana tahap ilmu yang ita ada kini..

Sebenarnya ita sukakan sesuatu yang baru.. belajar benda baru dan buat benda baru yang ita tak pernah buat. Ada kala ita sendiri tak jangka ita boleh lakukan.. ada masa nak jerit kuat-kuat... " makkkkk.... intan boleh....!!" Semangat ita berkobar-kobar setiap kali ita dapat mencuba sesuatu yang ita tak pernah buat. oleh kerana itulah tahun 2016, ita agak cerewet sedikit dalam pemilihan kek tempahan. Ita hanya ambil kek yang ita terasa nak cuba buat.. dan nak tahu samaada ita boleh buat atau tidak.. Kadang kala seram sejuk jugak.. maklumlah ianya adalah satu amanah yang kita pikul. Segala risiko adalah dalam tangung jawab kita. Tapi suami ita banyak memberikan keyakinan pada ita.. " cuba dulu.... jangan cepat mengalah "


Ini adalah tempahan terakhir ita untuk tahun 2016. Alhamdulillah syukur sangat bila ita dapat sempurnakan juga kek impian pasangan mempelai ini. Tak tidur malam ita di buatnya sehinggalah kek ini selamat di siapkan dan di hantar ke Tistle Hotel. Bedebar-debar pada mulanya bila ita terima tempahan ni. Apakah ita mampu laksanakan sebagaimana yang di hajatkan.

Sebenarnya dah lama ita berangan nak buat Royal Cake. Kek yang mewah dengan kelipan dimon dan di taburi kuntuman bunga yang berkembangan. Ita ni kan kuat berangan.... berangan nak buat kek ala-ala retis gitu... Tulah selalu sangat tengok kek artis.. tu yang makin kuat berangannya... Ita oiiii... wakeup! anak kampung yang kuat berangan ala-ala mat jenin..

Terima kasih buat Ella dan pasangan yang membuatkan impian dan angan-angan kak ita menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Sangat mudah berurusan dengan Ella kerana adik manis kita ni memberikan 100 % kepercayaan kepada ita. Ya Allah.. terharu sungguh..


Kek entah berapa puluh kilo beratnya ini mengambil masa selama 5 hari untuk di siapkan. Mulanya ita sediakan bunga untuk hiasan atas kek yang kesemuanya 8 jenis bunga iaitu hydrenga, open peony, cala lily, orkid, blossom, briar rose, jazmin dogwood dan juga cornflower bud untuk hiasan. Kek ni tak ada daun , semuanya bunga-bunga yang ita sediakan menggunakan gumpaste. Mujur gumpaste yang ita sediakan mudah kering dan mengeras.. kalau tidak memang menangislah di buatnya memandangkan cuaca musim tengkujuh pada setiap penghujung tahun yang membuatkan ramai bakers yang tak berani ambil kek fondant kerana tak nak tanggung risiko fondant lembik dan bunga tak dapat berkembang sebagaimana yang diinginkan.


Mujur juga anak dara ita cuti sekolah, dapatlah Dalili tolong maknya siapkan bunga-bunga ni. Kalau tak mungkin terkial-kial juga ita nak buat sesorang.

Kek ni agak besar. Kek yang bawah tu berukuran 24 inc dan tingginya 6.5 inc. Dalamya adalah kek choc moist dan di salut sepenuhnya dengan fondant dan di hiasi dengan dimond. Untuk kek tingkat dua pula adalah kek red velvet, di layer dengan cream cheese dan di salut sepenuhnya juga dengan fondant dan di hiasi taburan dimond.  Tingginya pula anggaran 7. 5 inc.

Untuk 3 bahagian atas tu bukan kek ianya adalah dummy. Di hiasi dengan bunga yang ita buat gunakan gumpaste. Kek ni ita buat berasingan 2 biji kek bawah dan 3 biji kek dumy. Bawak pula asing dan sangat berat entah berapa puluh kilo agaknya. Mujur ada anak saudara ita datang membantu, kalau tak tak tahu macam manalah ita nak angkat kek yang berat tu. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, walaupun anak ita jauh namun Allah hantarkan anak orang lain untuk turut sama membantu.





Terima kasih semua, kepada pasangan mempelai dan keluarga, kepada Team Masam Manis khususnya, kepada anak-anak buah yang turut sama membantu.

Kepada pasangan mempelai di luar sana yang ingin membuat tempahan kek perkhawinan, kek hantaran, kek birthday atau jamuan. Jangan segan-segan untuk whatsapp 018 7691544

Oh ya ! ada promosi untuk pasangan mempelai yang nak melansungkan perkhawinan pada cuti sekolah bulan March nanti

Promosi ini untuk kek Khawin 2 Tier Buttercream dengan hiasan Korean Flower Buttercream sahaja.
Tempah kek anda sekarang! promosi sangat terhad hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja di utamakan.










Senin, 16 Januari 2017

Chocolate Congo Bars


Fuhhh.. sedapnya lah dapat menikmati Chocolate Congo Bars yang rangup di luar tapi lembut di dalamya... di hidangkan pula dengan secangkir kopi atau teh, pasti petang anda terasa bagai di awang-awangan..

Lama tak buat Congo Bars. Entah mengapa petang ni anak tekak ni mengada-ngada lah pulak nak makan Congo Bars. Nak cari mana.. kenalah buat sendiri kan..

Kalau sebelum ini ita pernah kongsikan resepi Congo Bars di SINI
Hari ni ita kongsikan satu lagi Congo Bars yang tak kurang juga sedapnya. Bagi pengemar coklat pasti sukakannya.

Rasanya ada sedikit kelainan kerana ia sedikit crunchy di luar dan lembut di dalam. Sebagaimana kata  Norlie, ia nya lebih mirip kepada biskut kerana kerangupan tekkstur di sebelah luar, tapi masih lembut di dalamnya. Ita tambahkan sedikit Cranberries supaya bila di makan terasa masam manis sikit dan di hiasi pula dengan coklat Cadbury untuk toping di atasnya. Bila dah bergabung semua.. pasti meletup-letup kesedapannya di dalam mulut.

Wah!.. kak ita buat terliur aje kan... tak cuba tak tau.. Jom kita masuk dapur kita godek-godek. Kejap aje buat congo bars ni.. mudah dan ringkas dengan bahan yang cukup simple.




CHOCOLATE CONGO BARS
Resepi Oleh : Norlie

280 gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko

Satukan bahan di atas dan ayak

250 butter ~ di cairkan
300 gm gula caster ~ ita guna gula perang
3 biji telu B ~ ita guna 2 biji telu A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan cranberries ~ ita tambah
Coklat cadbury sebagai topping hiasan jika suka

Pukul telur dan gula caster dengan whisk aje hingga sebati.
masukkan esen vanila dan gaul rata
Masukkan bahan yang di ayak dan kaup balik sempurna
Masukkan butter cair dan kaup balik
Akhir sekali masukkan choc chip dan cranberries dan gaul rata

Sediakan loyang 10 x 10 ( kek sedikit tinggi ) kalau nak nipis sikit guna loyang 12 x12 inc
Sapukan sedikit butter pada loyang dan alas loyang dengan baking paper
Tuang adunan dalam loyang dan ratakan
Hiaskan atasnya dengan coklat cadbury jika suka
bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 C
bakar selama 30 minit atau sehingga ia masak sempurna
Tunggu sejuk baru di potong kepada kepingan


Minggu, 15 Januari 2017

Kelas Pertama di Tahun Baru


Assalamualaikum..
Alhamdulillah kelas pertama Korean Flower Buttercream dengan resepi buttercream yang baru telah berlansung pada minggu lalu. Maaf ya adik-adik sekalian kak ita lewat masukkan gambar kelas akibat kesibukkan yang melampau. Sebenarnya banyak lagi gambar kelas yang kak ita tak sempat nak masukkan dalam blog. Insyaallah kak ita akan cuba up date satu persatu jika ada kelapangan.


Berbalik pada kelas minggu lalu yang sangat hapening. Seronok bila dapat jumpa kawan yang sama-sama minat dalam dunia bakery dan deco. Pelbagai cerita dan pengalaman yang dapat di kongsikan. Sambil bersembang sambil tangan terus pantas mengalunkan kelopak bunga.

Kelas berlansung di Masam Manis Cake Salon di Johor Bahru. Kelas pertama untuk tahun 2017. Terima kasih atas sambutan dari rakan-rakan dan pengemar dekorasi kek yang sudi menghadirkan diri.

Kak ita sebagai tuan rumah dan Team Masam Manis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran kalian, minta maaf jika layanan kurang memuaskan dan minta halal mana yang terkurang.


Untuk pengetahuan semua kelas Korean Flower Buttercream akan di adakan lagi pada minggu ini. Tarikh kelas seperti tertera di bawah :


Kelas Wedding Cake Two Tier Buttercream
Tarikh : 21 hb January Sabtu
Peserta 4 orang

Kelas Korean Flower Buttercream New Buttercream
Tarikh : 22 hb January Ahad
Peserta 8 orang

Bagi mereka yang berminat bolehlah dapatkan info dan butiran lengkap dengan wasap PA kak ita di talian 018 7691544




Jumat, 13 Januari 2017

Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..


Assalamualaikum

Pasti anda sedang memikirkan apalah juadah atau kudapan yang ingin di sediakan untuk keluarga petang nanti. Apa kata anda sediakan kek pisang yang lembut dan gebu ni..

Kek pisang.. ita memang suka sangat makan kek pisang. Jika terdapat bermacam kek yang di hidangkan di hadapan mata, kek pisang lah yang menjadi pilihan utama ita. Bau pisang yang harum , di tambah dengan kelembutan kek yang lembab dan gebu.. itulah penarik utama mengapa ita lebih sukakan kek pisang.


Hari ini ita sediakan kek pisang kukus pula untuk minum petang kami sekeluarga. Ita sediakan dalam cawan atau bekas kecil supaya mudah di hidangkan, tak perlu di potong dan juga comel bila di letakkan di atas meja kopi. Selain itu kek pisang yang di letakkan dalam bekas comel ni amat sesuai sebagai hidangan jamuan pejabat, kenduri kendara atau sebagai buah tangan ketika bertandang ke rumah jiran tetangga.

Resepi yang di kongsikan oleh Yatie ini adalah hasil air tangan Amydanis. Sedap tau kek pisang ni, lembut dan gebu. Next time ita kena lebihkan sedikit sukatan gula, kerana kek pisang lebih sedap jika ianya manis sedikit. Tapi bagi mereka yang tak suka makan manis-manis bolehlah kekal dengan resepi asal.

Adunan dapat agak banyak, ita buat dalam acuan kecil pun dapat banyak jugak. Dapatlah di kongsikan rezeki hari ini dengan jiran sebelah. Kepada yang suka kek pisang jangan lupa mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini.


KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : Amydanish
Rujukkan : Yatie

Bahan-Bahan

2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisang
secubit garam

Cara-Cara

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. 
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. 
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.



Kamis, 12 Januari 2017

Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Sawi Jeruk


Hari ni ita masak mudah dan ringkas aje.. Biasalah orang Johor tak boleh lari dari asam pedas. Kali ni ita masak asam pedas kepala ikan merah bersama sawi jeruk asin. Terpulanglah kan nak letak sawi jeruk boleh.. tak letak pun tak apa. Tapi kalau asam pedas orang Johor, kebiasannya akan di letakkan sawi jeruk asin ni... baru lah kick!

Sebenarnya memasak ni kita kenalah ikut selera keluarga dan anak tekak kita yang nak makan ni... Kalau ikut selera kawan-kawan alam maya.. banyak yang tak boleh dan tak kena.. ya tak?

"mana ada masak macam tu... mana ada masak macam ni..."
" mana boleh letak itu... mana boleh letak ini..."
" eh! itu tak boleh makan...."
" eh! mak kita masak tak macam tu pun.."
" kalau kita masak macam ni... "
" kalau kita tak bubuh yang tu... kita bubuh yang ni"
" macam tu tak boleh.. macam ni tak kena.."

Pening kepala nak layan kan..? Siapa nak makan sebenarnya ni... kita atau awak?
Jadi fikir-fikirkanlah... Jangan asyik nak komen aje.. itu tak kena.. ini tak kena.. kadang kerana segelintir orang kita yang banyak songeh inilah yang membuatkan ramai blogger masakkan yang dah mula menyepikan diri.. mood nak kongsi masakan pun terbantut terus..

Tolonglah hormati..
Kalau cara tak sama, tak apa.. mungkin kita boleh cuba! mana tahu apa yang kita rasa tak kena tu.. sebenarnya lagi menyedapkan makanan tersebut.. lainlah kalau ianya melibatkan halal dan haram..

Kita ni rambut aje sama hitam.. tapi selera lain-lain..
Masyarakat kita yang berbilang bangsa, pelbagai budaya, dan dari kelompok yang berbeza-beza. Ada suka manis.. ada suka pedas.. ada suka berempah.. ada suka tawar hebeh... ada orang Jawa, orang Banjau, orang Negori.. orang Boyan, orang bugis.. ada mamak... jadi pemakanan juga berbeza-beza mengikut kaum, daerah dan negeri.. tak salah untuk kita mencuba dan merasa.

Kan.... bila mak nenek ni dah bebel dapur pun tak berasap jadinya..
Jom sebelum darah naik.. baik kita masak.. nanti kalau perut lapar.. darah naik.. mau mak nenek ni jadi singa pulak kan..!

Jom jom...



ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH DAN SAWI JERUK
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim


5 keping hirisan ikan tenggiri ~ ita guna ikan merah
Sawi jeruk secukupnya, potong dan rendam
1 batang serai ~ diketuk
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 setiap 1 ( ita ganti daun kesum )
1 senduk nasi penuh, cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus  
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah saiz besar, belah 2 dan buang biji




Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris dan serai hingga harum. 
Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. 
Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. 
Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 800 ml atau secukupnya), kacau dan biar mendidih. 
Masukkan sawi jeruk (toskan), kiun ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih untuk 3 - 4 minit.
Masukkan ikan tenggiri, perasakan dengan garam secukupnya, tambah sedikit gula dan juga lada hitam yang ditumbuk halus. 
Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.