Kemarin, 24 hb Sept telah berlansungnya kelas Korean Flower Cup cake kak ita yang pertama setelah lama bercuti panjang. Sebenarnya sebelum cuti raya puasa, ada beberapa kelas kak ita lagi yang kak ita belum masukkan gambar. Kesian kat adik-adik akak.. dah menjerit-jerit dah tanya gambar kelas. Maaf sangat-sangat.. sebab hari tu komputer akak ada masalah sikit. jadi gambar terpaksa di transfer dalam hard disk. bila dah masuk hard disk, payah lah nak mencari, kerana bertimbun gambar kak ita dalam tu.. Insyaallah kak ita akan cari perlahan-lahan dan akan cuba masukkan dalam blog ini nanti sebagai kenag-kenangan.
Hari ini kita intai dulu kelas Korean Flower Cup cake yang telah berlansung di Starhill Golf And Country Club.
Alhamdulillah kelas berjalan lancar walaupun ada masalah sana sikit sini sikit, almaklumlah bila dah lama bercuti, nak mula semula tu.. banyaklah kekurangan sana dan sini. kak ita bagi pihak Masam Manis, mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang kelas berlansung semalam. Insyaallah pihak Masam Manis dan Starhil akan cuba menambah baik lagi segala layanan dan keselesaan untuk setiap peserta.
Jutaan terima kasih kepada peserta yang datang dari sekitar Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang, Melaka dan Pekan Pahang. Terima kasih yang tak terhingga, sanggup datang sejauh ini untuk mendapatkan sedikit ilmu dari kak ita. Akak sangat-sangat terharu dan sangat berbesar hati.
rata-rata semuanya berbakat.. insyaallah jika di asah bakat tu.. pasti akan memancar sinarnya.
Gunakan video yang akak sediakan dan buku sebagai panduan dan rujukkan untuk memperbaiki lagi segala kelemahan. Insyaallah jika selalu praktis, hasilnya pasti lebih membanggakan lagi.
Apron kak ita kali ini... Merah sangat lah mak ngah...
Saje pilih warna merah.. nak nampak berani.. Selalu peserta macam takut-takut aje bila masuk kelas kak ita. kali ni kak ita nak semua ceria dan bersemangat untuk dapatkan seberapa banyak ilmu dan menghasilkan deco yang terbaik!
Apron ni kak ita bagi percuma untuk setiap peserta, bersama buku Deco Cup cake untuk rujukkan.
Peserta juga akan di berikan video bagaimana nak mendeco bunga, sipuya bila balik nanti boleh jadikan sebagai rujukkan.
Selalu peserta akan merakam sendiri gambar.. kesian sampai habis bateri kadang, sampai tak dapat nak abil gambar kenag-kenangan. Kali ni.. tak perlu lagi kerana kak ita dah sediakan video untuk ulangkaji di rumah. Bila balik boleh buat rujukkan dan bateri handphone boleh simpan buat ambil gambar ramai-ramai nanti dan untuk selfeeeeee....
Suprise untuk semua pelajar... kak ita juga berikan nail holder kepada setiap peserta sebagai kenag-kenangan..
Bila buat bunga nanti mesti ingat kak ita..
Bila ingat kak ita.. mesti ingat apa yang kak ita ajarkan kan... ^_^
Jom kita lihat hasil deco setiap peserta
Reservation Cupcakes Class untuk Oktober kini di buka !!
Dengan 8 jenis bunga baru yang harus di pelajari
Percuma!! video tutorial untuk anda mengulangkaji di rumah
Floral Cupcake terlaris untuk hantaran
Tempah tempat anda sekarang...
Whatsapp ~ 018 7691544
EmoticonEmoticon